Wednesday, February 2, 2011

TaYAR mOTorsikAL

Hari ini kita akan bercerita tentang tayar motorsikal,Ramai pengguna motorsikal tidak mengambil tahu tentang tayar motorsikal,Dengan itu,saya sebagai penulis blog ingin berkongsi serba sedikit tentang tayar motorsikal.Tayar motorsikal terbahagi kepada 2 jenis:

1)Tube Type(Jenis Tiub)
   Jenis ini adalah tayar yang memakai tiub.Kalau tak pakai tiub,jawabnya tak ada anginlah.Kebiasaanya,pengguna yang menggunakan ring lidi mesti memakai tayar jenis ini.Tayar jenis ini mempunyai banyak kelemahannya.Antaranya mudah pancit.Jenis tayar ini mudah sangat menyebabkan tiub terkepik di antara ring dengan tayar.Keadaan ini berlaku apabila melalui bonggol-bonggol dan terutamanya tekanan tayar tidak mencukupi.Lagi satu,jenis ini juga bahaya apabila di atas highway yang panas kerana takut meletup.Kelebihannya pulak adalah ianya ringan.Kalu dah ringan memang boleh bawak laju lah.

 Nasihat daripada penulis:Kepada tayar jenis ini pastikan tekanan tayar pada tahap yang dikehendaki dan semasa di atas highway ingat-ingatlah.

2)Tube Less(Tanpa Tiub)
  Jenis ini adalah tayar yang tidak menggunakan tiub.Jenis ini digunakan dengan sport ring.Ring lidi tidak boleh digunakan dengan tayar ini kerana angin akan keluar melalui lidi-lidi.Jenis ini mempunyai banyak kebaikan.Antaranya,tahan lama.Risiko untuk pancit adalah rendah.Tayar ini pancit apabila terkena paku atau pun besi.Nak tampung tayar ini pun senang.Harga untuk menampung pun tak mahal.Tetapi masalah jenis ini apabila lubang yang terkena paku atau besi besar.Terpaksalah menukarkan kepada tayar yang baru.

Nasihat daripada penulis:Jagalah tayar anda supaya tidak terlanggar besi yang besar dan tajam... hehehehehe

Mengenal pasti jenis tayar anda:
Bercerita panjang lebar jenis tayar tapi lupa nak bagitahu bagaimana untuk mengenal pasti jenis tayar. Kebanyakkan tayar akan tulis jenis tayar di tepi tayar.Sebelum membeli tayar.tengoklah dulu jenis tayar yang terletak di tepi tayar untuk mengelak daripada di tipu. 




   

2 comments:

jaya jr said...

ok sin,kkg nok beli motor aku mitok pendapat ngn mu

husin said...

nin baru pasal jenis tayar... saiz tayar dop kabo lagi.... esok pulop lah....