Saturday, August 13, 2011

SEDU

Fenomena SEDU tidak asing lagi berlaku terhadap manusia.Ada yang mengatakan,sedu ini meupakan petanda bahawa berat badan kita bertambah.Tetapi,mengikut apa yang dipelajari,sedu terjadi apabila saluran penafasan seseorang tersekat.

Fenomena ini berlaku kepada aku.Lepas aku bersahur,tiba-tiba jer dada aku terangkat sendiri diserta dengan bunyi.Bunyi yang dikeluarkan pun ada VOLUME.Apabila aku buka mulut,Volume jadi tggi.Apabila aku tutup mulut,Volume jadi rendah.Waktu sahur pun dah nak hbs.... aku apa lagi.... ambik air masak terus minum.... tgh2 aku minum... azan pun berkumandang.... Itu petanda waktu sahur dah hbs... aku stop minum... ingtkan sedu dah hilang.. tapi still ada lagi... cubaan..... Solat pun tak khusyuk apabila dalam keadaan sedu.....

Gula- Dengan menelan sesudu gula mungkin dapat membantu menghilangkan penyakit sedu yang dialami. Ini adalah kerana butiran gula itu dapat merangsang kerongkong, dan menyebabkan saraf frenikus kembali kepada keadaan asal. Tetapi cara ini tidak dapt dibuktikan dengan cara saintifik lagi. Ini merupakan amalan sebahagian daripada manusia di dunia dan ada pendapat menyatakan ia benar-benar berkesan untuk menghilangkan sedu.
Cuka- Dengan mengambil satu sudu teh cuka, rasa masam boleh membantu menghentikan sedu yang sedang dialami.
Peanut butter- Memakan sesudu besar peanut butter adalah salah satu cara klasik untuk menghilangkan sedu. Ketika proses mengunyah dan cuba mendapat peanut yang terlekat di lelangit,lidah,dan gigi, kemudian anda menelannya, ia akan mengubah pola pernafasan anda. Ini akan membantu untuk menghilangkan sedu.
Sos cili- Cara ini berkemungkinan berkesan kerana kepanasan dan kepedasan yang sedang dialami sudah cukup untuk menukarkan fokus tubuh terhadap kepedasan, berbanding masalah sedu yang sedang dialami.
Madu- Ambil satu sudu teh madu, campurkan dengan sedikit air suam, kemudian telan. Madu mampu untuk merangsang saraf vagus dan  menyebabkan sedu yang dialami berhenti.
Milo- Cuba makan sesudu besar milo. Seperti yang diketahui proses untuk menelan milo adalah sukar kerana keadaannya yang melekat ketika didalam mulut. Disebabkan proses itulah ia mungkin dapat membantu masalah sedu yang sedang dialami.
Beg kertas- Cuba bernafas secara perlahan dan mendalam didalam beg kertas. (Hentikan jika anda merasa pening) ini akan meningkatkan tahap karbon dioksida dalam darah dan membuat diafragma lebih mengecut untuk membawa lebih banyak oksigen, yang dapat menghentikan sedu.
Kunyah biji-bijian- Ini juga merupakan salah satu cara rawatan tradisional untuk menghilangkan sedu. Kunyah satu sudu teh biji-bijian(contoh: kuaci, kacang) perlahan-lahan. Ia mungkin berhasil kerana ketika hendak menelan biji-bijian akan merangsang saraf vagus dan membuatkan sedu akan berhenti.

Sama2 lah kiter cuba untuk hilangkan sedu....


4 comments:

Falling . said...

tp lau minum air 0 je pon ok da ;)

khairul@kechik said...

yg telan gula tu menjadi. dah pernah buat.

Anonymous said...

ada org cakap, kalau kita tengah makan nasik contohnya, bila sedu kita pusing pinggan kita. tak ingat arah jam or berlawanan.
takpun tahan napas sampai la ilang sedu tu. :)

Anonymous said...

minum air kosong banyak2. :)