Friday, July 8, 2011

Hujan Air Batu

Keletihan yang teramat sgt pada petang semalam menyebabkan aku terlantar di atas katil single yang begitu keras.Sedang enak aku melayari mimpi yang begitu indah,aku tersentak dengan panahan petir disertakan kilat yang begitu kuat.Tanpa membingungkan diri,aku terus shutdown laptop aku dan off modern internet.Aku takut pisang akan berbuah 2 kali.Masa aku darjah 6,komputer umah aku disambar petir.Dengan itu lah,aku mengambil langkah sewajarmyer.

Selepas selesai shutdown n switch off,aku p kat ruang tamu dengan fikiran yg tidak begitu betul. Sedang enak aku berimiginasi,aku kedengaran bunyi yg sedikit kuat menghentam atap umah aku.Dengan keberanian dan sedikit takut,aku menjenguk keluar.Rupa-2 nyer hujan air batu.Ini lah kali pertama aku tgk hujan air batu dengan mata kasar.Apa lagi,aku berlari mencari bekas untuk menadah hujan air batu.Sedang aku mencari tempat yang strategi,hujan air batu sudah berhenti.Sedih dan pilu hati aku.Tak ada rezeki.

gambar air batu.. tapi sayang nyer aku tak sempat....



Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir).

awan yang gelap menutupi kampung aku...


Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

3 comments:

yui said...

sapa tah bagitau aku yg awan2 tinggi smuanya beku..even kat malaysia ni ada awan saljinya tp sbb panas sgt so xsmpat turun la sbg ais..trus jdi air...

kalau org tu mengarot, maka mengarotlah aku pun =p=p=p

jaya jr said...

nasib dok rajin kene kat asrama..klo dok rugi che'ed orang dok beli air sejuk ye..hehe

husin said...

yui:fakta cam tu....